• Main
  • News

Pada Tahun 1987, Saya Dan Norlida Sama-sama Melangkah

Pada Tahun 1987, Saya Dan Norlida Sama-sama Melangkah

Pada tahun 1987, saya dan Norlida sama-sama melangkah jauh dari tanah air untuk menyambung pengajian di University of South Australia dalam bidang Bachelor of Science in Civil Engineering. Kami melalui kehidupan sebagai pelajar di Adelaide dari tahun 1987 hingga 1991 — berkongsi pengalaman belajar, kehidupan di perantauan dan kenangan sebagai anak Malaysia di luar negara.

Pada tahun 1992, kami sama-sama menghadiri konvokesyen sebagai graduan. Masa berlalu begitu pantas… hari ini Norlida bukan lagi sekadar rakan lama, tetapi kini dikenali sebagai Dr Norlida. Alhamdulillah, satu perjalanan hidup yang sangat membanggakan.
Walaupun masing-masing membawa haluan kerjaya berbeza, hubungan persahabatan itu masih kekal. Dr Norlida juga antara pelanggan yang sering mendapatkan khidmat catering daripada kami di Hj Chief Catering.

Untuk majlis hari raya beliau tahun ini, Dr Norlida membuat tempahan awal pada 19 Mac kerana musim raya biasanya permintaan canopy sangat tinggi. Kali ini beliau memilih transparent canopy supaya suasana majlis lebih elegan dan terbuka, sesuai untuk menerima tetamu dari petang hingga malam.

Majlis berlangsung pada 18 April 2026 dari jam 3 petang hingga 10 malam dengan konsep dua sesi tetamu.

Menu yang dihidangkan kepada tetamu:
sajian klasik
• nasi beriani
• ayam masak merah
• daging masak hitam
• dalcha sayur
• jelatah
• papadom

santapan raya
• lemang & rendang ayam nogori
• bihun goreng kampung
• bihun soto ayam

manis-manis
• bubur pulut hitam
• kole kacang
• talam ubi kayu

minuman
• sirap ros / sirap oren mix
• teh tarik
• kopi o

hidangan istimewa sesi siang
• kambing golek New Zealand dengan blackpepper sauce
• mashed potato & crunchy coleslaw

Terima kasih Dr Norlida atas kepercayaan yang berterusan kepada kami. Dari Adelaide sebagai pelajar… hingga hari ini sebagai tuan rumah majlis raya yang meriah.
Persahabatan lama, kenangan lama… dan rezeki yang terus bersambung. ✨????????

#HjChiefCatering
#MajlisHariRaya
#TransparentCanopy
#CateringBeranang
#SahabatLama
#RezekiBerkat


About Us

  • Hj Chief Catering

    Kepakaran kami adalah membantu anda dengan pilihan menu yang bersesuaian untuk majlis anda