"Nak tanya, untuk majlis pertunangan 100 pax, boleh cadangkan proposal dan berapa per pax?"
Itulah mesej yang saya terima melalui TikTok pada 8 Disember 2025 daripada seorang bakal pelanggan bernama Nurul Amani.
Ketika itu, majlis pertunangannya masih lebih 6 bulan lagi. Saya masih ingat saya tersenyum membaca mesej tersebut kerana jarang orang membuat tempahan seawal itu.
Namun saya sentiasa percaya...
Orang yang merancang awal biasanya sangat menghargai kualiti dan tidak mahu mengambil risiko pada hari penting mereka.
Nurul meminta quotation untuk Majlis Pertunangan 100 pax dan satu perkara yang beliau tekankan dari awal:
"Chef, saya nak ada Kuzi Kambing."
Saya menyediakan 3 pilihan pakej dan akhirnya beliau memilih Pakej Al Mubarak bersama tambahan Kuzi Kambing.
Tetapi saya langsung tidak menyangka bahawa inquiry melalui TikTok ini sebenarnya mempunyai kisah yang jauh lebih menarik.
Pada 31 Disember 2025, saya menerima mesej daripada seorang sahabat lama, Wan Mohd Zaid Salleh
Beliau menulis:
"Tino kawe hari tu dia ada minta quotation nga Tuan Haji."
Saya pun bertanya:
"Siapa nama isteri?"
Beliau menjawab:
"Nurul."
Terus saya terdiam seketika.
Rupa-rupanya pelanggan yang menghubungi saya melalui TikTok itu ialah isteri kepada Wan Zaid.
Lebih mengejutkan lagi...
Wan Zaid bukan orang asing.
Beliau pernah bekerja bersama saya di Umi Ross Project Management lebih 25 tahun dahulu.
Kami sama-sama terlibat dalam projek ADTEC Batu Pahat dan ILP Tangkak sekitar tahun 1999.
Ketika itu saya menguruskan projek sebagai Project Manager dan beliau merupakan salah seorang Project M&E yang sangat komited.
Kemudian beliau meninggalkan Umi Ross sekitar tahun 2001 untuk meneruskan kerjaya dalam bidang perundingan M&E dan pembinaan.
Sejak itu kami membawa haluan masing-masing.
Tiada pertemuan..... Tiada urusan kerja.... Tiada komunikasi yang berpanjangan.
Lebih dua dekad berlalu begitu sahaja.
Siapa sangka...
Satu inquiry yang datang secara rawak melalui TikTok akhirnya membawa saya bertemu semula dengan rakan sekerja yang sudah lebih 25 tahun tidak berjumpa.
Selepas tempahan disahkan, saya menghantar sesi food tasting ke rumah mereka.
Alhamdulillah, mereka sangat menyukai semua hidangan yang disediakan.
Tetapi yang paling mendapat pujian ialah Kuzi Kambing.
Malah selepas food tasting itu, Nurul meminta saya datang membuat recce di rumah untuk melihat sendiri lokasi majlis dan perancangan setup.
Di situlah saya bertemu semula dengan Wan Zaid.
Pertemuan yang tidak dirancang.
Pertemuan yang tertangguh lebih dua dekad.
Pertemuan yang berlaku hanya kerana satu mesej di TikTok.
Kadang-kadang Allah mengatur rezeki dengan cara yang kita sendiri tidak pernah jangka.
Kita sangka kita mendapat pelanggan.
Rupa-rupanya Allah sedang menemukan semula sahabat lama.
Dan pada 20 Jun 2026, Majlis Pertunangan Nurul Amani berlangsung dengan lancar dan penuh meriah.
Menu yang dihidangkan:
???? Nasi Hujan Panas
???? Ayam Masak Merah
???? Daging Masak Hitam
???? Kuzi Kambing
???? Butter Prawns
???? Jelatah
???? Popadom
???? Buah Tembikai & Oren
???? Air Sirap Sunquick Oren
☕ Teh Tarik
Alhamdulillah, tetamu menikmati hidangan dan majlis berjalan dengan jayanya.
Terima kasih Nurul dan Wan Zaid atas kepercayaan yang diberikan kepada HJ Chief Catering untuk Majlis Pertunangan anak perempuan mereka.
Semoga ikatan yang dibina sentiasa diberkati Allah SWT, dipermudahkan segala urusan menuju alam perkahwinan dan dikurniakan kebahagiaan hingga ke syurga.
Dan terima kasih juga kepada TikTok...
Kerana tanpa satu mesej ringkas pada 8 Disember 2025 itu,
mungkin saya tidak akan bertemu semula dengan sahabat yang kali terakhir saya jumpa lebih 25 tahun dahulu.
Sesungguhnya rezeki Allah datang dalam pelbagai bentuk.
Kadang-kadang ia datang sebagai pelanggan.
Kadang-kadang ia datang sebagai persahabatan yang ditemukan semula.
#HJChiefCatering #TikTokCustomer #MajlisPertunangan #KuziKambing #RezekiAllah #StoryOfRezeki #CateringSelangor #MajlisTunang #HJChiefEventSdnBhd See less